Rabu, 26 Mac 2014

Salam Perkenalan

Nama aku Dayang Norbaidura Abdullah atau kat opis aku lebih dikenali sebagai Dayang Abdullah. Di sini aku ingin berkongsi cerita mengenai kejaya aku yang boleh dikatakan secara mejoritinye dikuasai oleh kaum ADAM iaitu Bidang Komunikasi atau secara pendeknya TELCO.

Dunia aku dalam bidang Telco ni bermula apa bila aku diberhentikan dari keja tanpa notis....pendek kate 24 hour termination la kate org putih kerana company tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Dulu aku kerja sebagai Interior Design a.k.a Hiasan Dalaman.... 2,3 bulan juga la aku tanam anggur tapi tak berbuah2....interview dah banyak tempat tapi masih lagi takda jawapan....hampa betul..... tapi aku tak putus asa..dari laman Jobstreet hingga ke laman The Star and akhbar2 sewaktu denganya....aku hantar je resume aku tu...disebabkan aku ni berkelulusan Seni Bina, so aku banyak tumpukan pada syarikat pembinaan dah hiasan dalaman....tapi semuanya hampa..maklumlah pengalaman baru setahun jagung....

Sehinggalah satu hari aku membelek-belek satu akhbar (lupalah samaada BH or Utusan) di mana aku terlihat satu iklan, kecil je iklanya yang mana memerlukan seorang draftman a.k.a pelukis pelan. Aku dengan pantasnya menalefon nombor yang tertera di iklan tersebut. Ditalian tersebut aku terdengar suara wanita yang menjawab (rupanya bakal CTO aku hehhe). Aku masih teringat lagi hari tu adalah hari Isnin dan wanita tersebut meminta aku datang untuk interview di opis nya di Taman Desa Jln Klang Lama Kuala Lumpur pada hari Rabu.....

Pada hari Rabu tersebut, aku sampai awal..padahal interview pukul 10.00 pagi tapi aku pukul 8.30 dah sampai. Tapi aku tak naik, lagi pun opis tu buka pukul 9.00 pagi. Bila aku dah masuk di opis untuk aku interview tu aku tengok ramai gak staff perempuan...yang laki pun ade tapi semuanya status uncle2 la... Pukul 10.00 am aku di interview oleh 2 orang awek cantik (bakal2 bos aku la tu). Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Norashikin dan Fauzani (sekarang ni dah jadi best friend aku..hahah) So, interview aku berjalan lancer tiada masalah....dan soalan terakhir mereka Tanya aku sebelum wat ujian autocad ialah..'awak tau syarikat kami ni syarikat ape?' jeng..jeng..jeng...aku dengan selambarnya menjawab..tak tau..hehhe....so mereka pun memberitahu yang company mereka ni company Telco....kontraktor untuk Umobile.....P1....Celcom(SM)...... aku terus menjawab..ohhh yeke...dalam kepala aku teringat kat abg aku yang time tu keje dengan ALU.... Dan mereka Tanya kalau dapat bila boleh start koje...aku jawab la bila2 pun boleh... Dan selang berapa jam, kalau tak salah dalam pukul 2 lebih gitu aku dapat call dari Ela yang menyatakan aku telah di terima kerja dan lapor diri pada Isnin depan...YESSS dapat koje..dan dari situ lah bermulanya dalam Dunia Telco.......dan company tu bernama SABRIM Sdn Bhd...


To Be Countineud...